Saturday, June 6, 2009

Cinta Islamic

Angin segar memasuki ruangan tingkap kamar tidur Halimatus(wanita berpurdah yang taat akan perintah Allah)di Kaherah,Mesir yang sedang menikmati keindahan ciptaan Allah yang sungguh menakjubkan.Tiba-tiba terkejut dipanggil oleh Rabiah(wanita bertudung yang sering jatuh cinta)untuk menolongnya menyelesaikan masalah yang rumit.Dua orang wanita ini sangat menjaga adab,adat dan maruah diri sehingga ramai lelaki yang jatuh cinta akannya tetapi tidak dihiraukan oleh mereka berdua.Sering berkongsi pendapat tentang cinta dalam Islam dan menaiki bas untuk ke tempat belajar di Universiti Al-Azhar,Mesir.
Suatu petang yang indah ketika Halimatus dan Rabiah duduk didalam bas,seorang pemuda yang kacak dan budiman bernama Luqman meminta supaya memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua.Hati Rabiah mula terpaut akan kebaikan Luqman tetapi disergah oleh Halimatus kerana mengelamun.Sedang mereka(Halimatus dan Rabiah)berjalan pulang ke rumah,tiba-tba buah-buahan yang dibeli oleh mereka terjatuh dan kebetulan Luqman berada di situ menolong untuk mengutip buah-buahan tersebut.Halimatus dan Rabiah mengucapkan ‘Syukran’ kepada Luqman sambil menundukkan kepala.Dari saat itu mereka berkenalan,tanya Luqman ‘Masmuki?’dan dijawab oleh Halimatus ‘Ismi Halimatus wa hiya Rabiah’.Mereka tersenyum dan pulang ke tempat masing-masing kerana takut berlakunya perzinaan iaitu zina mata dan hati.
Sampai dirumah,sambil membuka tudung,Rabiah memberitahu Halimatus bahawa dia telah jatuh cinta terhadap Luqman dan dia ingin bercinta dengan Luqman tetapi Halimatus menegah ‘jangan!’.Kata Halimatus ‘jatuh cinta boleh kerana cinta adalah fitrah manusia tetapi bercinta sebelum kahwin(bercouple)adalah haram disisi Islam.Rabiah menanya Halimatus ‘Bagaimana hendak berkahwin atau bahagia jika kita tidak mengenali pasangan hidup kita ?pasangan hidup kita hanya boleh dikenali jika kita bercinta dengannya…….’jawab Halimatus ‘Adakah kita tiada tuhan untuk meminta petunjuk?Adakah bercinta(bercouple)itu kunci kebahagiaan rumah tangga?Sama sekali tidak,Allah telah mengajar kita bagaimana cara untuk mencari pasangan hidup iaitu dangan solat sunat Istiqorah dan berdoa kepadanya.Allah yang menetapkan kebahagiaan kita bukan cinta.’Rabiah bertanya lagi ‘Mengapakah bercinta(bercouple)itu haram?’jawab Halmatus ‘Kerana ia mendekatkan kita ke lembah perzinaan,bukan sahaja zina tubuh tetapi juga zina mata,tangan,hati,mulut,telinga dan pelbagai jenis lagi zina yang ada.’Rabiah terkejut dan beristighfar kepada Allah supaya dia dijauhkan daripada perkara tersebut.
Pada keesokannya,mereka tersempak lagi dengan Luqman tetapi mereka hanya tersenyum dan terus berjalan.Dalam hati bersih Luqman berkata ‘Aku telah jatuh cinta terhadap Halimatus dan aku ingin menikahinya walaupun wajahnya belum dilihat.’Luqman pergi berjumpa dengan ustaz yang mengajarnya untuk menyatakan hasratnya itu.Ustaz itu memberitahu Luqman ‘Kamu berdoalah kepada Allah dengan cara begini,adakah wanita ini sesuai denganku?serta jangan lupa untuk solat sunat Istiqorah,insyaallah Allah akan mengabulkan doa kamu.’Luqman mengucap terima kasih kepada ustaznya itu sebelum melangkah pulang kerumah.Pagi yang cerah,Luqman dan ustaznya itu pergi berjumpa dengan orang tua Halimatus untuk menyatakan hasrat anak muridnya yang ingin menikahi Halimatus.Halimatus terkejut dangan lamaran itu dan dia akan beri jawapan selepas mengutuskannya.Dari detik itu juga Luqman mengetahui bahawa Halimatus itu berasal dari negaranya sendiri iaitu Malaysia tetapi menetap di Mesir.Siang berlalu pergi dan malam yang dingin datang menjadi saksi bahawa Halimatus berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk kepadanya.Keesokan harinya,Luqman dan ustaznya datang kerumah Halimatus untuk menanya tentang perkara semalam,dengan hati yang tenang Halimatus menjawab ‘saya menerima lamaran kamu’.Muka yang ceria dapat disaksikan di muka semua orang yang berada disitu.Ibu Halimatus berkata kepada Halimatus ‘bukalah hijabmu kerana calon suamimu berhak melihatnya’tapi Luqman berkata ‘Tidak apa,saya tidak kisah tentang wajahnya,asalkan akhlaknya baik dan sudi menerima saya menjadi pasangan hidupnya.’Pada hari esok,mereka berdua selamat diijabkabul di rumah Halimatus.Kedua ibu bapa pengantin merestui perkahwinan tersebut tetapi hati kawan baik Halimatus iaitu Rabiah sedih kerana lelaki yang dicintainya selama ini telah dimiliki oleh wanita lain namun ia tidak memutuskan persahabatannya dengan Halimatus.Malam nan indah,sesuatu kejutan telah berlaku iaitu Halimatus menyuruh suaminya untuk berkahwin dengan Rabiah kerana Halimatus tidak mahu mengecewakan hati kawannya itu.Luqman membantah dan tidak mahu berkahwin dengan wanita yang tidak dicintainya tetapi Allah telah membuka pintu hatinya Luqman untuk berkahwin dengan Rabiah selepas mendengar penjelasan dari Halimatus.Dengan hati yang berat Halimatus merelakan perkahwinan mereka.Rabiah dan Luqman selamat diijab kabulkan dan ibu bapa mereka(Halimatus,Luqman,Rabiah) merestuinya.
Halimatus dan Rabiah bersyukur kerana mendapat suami yang budiman dan baik hati.Mereka bertiga hidup bahagia dan dikurniakan 5 orang cahaya mata.Mereka bertiga juga setuju bahawa bercinta sebelum kahwin(becouple)tiada manfaatnya dan bercinta selepas kahwin bersama isteri atau suami adalah satu perkara dan kunci kebahagiaan dalam rumah tangga asalkan ia direstui oleh kedua ibu bapa.

Bercintalah mengikut ajaran Islam.

Let’s fall in love in Islam’s way…..

No comments:

Post a Comment